10 Fakta Menarik Tentang Wmoto Xtreme 150i

10 fakta menarik tentang Wmoto Xtreme 150i 

1. Xtreme 150i ini ikut standard emisi Euro 4, dikuasakan dengan enjin silinder tunggal, 4 lejang, SOHC dan fuel injection. skuter ini dapat menghasilkan kuasa maksimum 12.1Hp pada dan tork maksimum 11.8Nm pada 5,000rpm. Skuter keluaran Mforce ini memilik reka bentuk yang lasak bagi saya

2. Semua lampu pada Wmoto Xtreme 150i adalah jenis LED 

3. Berat Skuter 143kg, bagi saya berat sikit untuk moto 150cc

4. Tangki berkapasiti 11 liter dan menurut Wmoto dengan satu tangki moto boleh jalan sejauh lebih kurang 400km dalam semua keadaan jalan dan cara penunggangan. 

5. Wmoto Xtreme ini ada ciri mula-henti (start-stop) untuk jimat bahan api bahan api dan kurangkan pelepasan “emission” terutamanya semasa berhenti di lampu isyarat atau dalam jam. 

6. Pada bahagian roda, moto itu ada (ABS) di depan dan belakang. Sistem suspensi hadapan adalah jenis “Up Side Down” dan monoshock boleh laras di bahagian belakang. 

7. Skuter ini ada meter LCD digital penuh supaya rider boleh lihat semua maklumat yang penting. 

8. Ruang simpanan di bawah tempat duduk adalah cukup luas dan ada dua port charging USB dan soket 12Volt supaya boleh caj handphone, GPS atau benda yang lain. Visor angin boleh diejas lebih tinggi atau
renda tanpa perlu alat khas 

9. Skuter Wmoto Xtreme 150i ada dua pilihan warna….Kelabu dan Merah. Skuter ini dijual pada harga jualan bermula RM 9,588.00 

10. Dengan setiap pembelian Wmoto Xtreme 150i, para pembeli boleh dapat jaminan selama dua tahun atau jarak perjalanan 20,000 km

Youtube Saya! 

Facebook! 

Instagram Saya! 

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

CFMoto Merancang untuk Membawa tiga Motosikal Baharu ke Pasaran Malaysia pada tahun 2022

CFMoto Reveals New Working Sportbike Concept

KTM 390ADV or 250ADV: Which one is right for you?